Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Penang Black Panthers akur tewas kepada Melaka Titans

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
Penang Black Panthers terpaksa akur tewas melawan kepada Melaka Titans 0-2 dalam perlawanan justifikasi kelima/kelapan CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Johor di Stadium Larkin, sebentar tadi.

Melaka mengekalkan trio terbaik mereka iaitu Zaim Razali (pengumpan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias (perejam). Sementara, Penang dibarisi Imran Fazli (tekong),  Hardiansyah Muliang (pengumpan) dan Adi (perejam).
 
Skuad kendalian Khairul Anuar berada dalam momentum terbaik dengan pengalaman yang dimiliki pemain kebangsaan memacu mereka menewaskan Penang 15-11 dalam tempoh 22 minit.





Penang beraksi baik dalam set kedua hingga mengikat Melaka 13-13, namun kesilapan yang dilakukan dalam penghujung permainan menghukum pasukan dari Utara tanah air itu untuk akur tewas 15-17.

Keputusan itu menyaksikan Melaka akan berdepan dengan Perak Bison dalam penentuan tempat kelima dan keenam. Malah, ATM akan menanti Penang di penentuan tempat ketujuh/kelapan.

Sementara tu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Noraizat Nordin memacu Perak Bison menewaskan ATM Guardians 2-1 sekali gus mara ke justifikasi penentuan tempat kelima dan keenam, manakala ATM ke penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Advertisement

Must Watch Video