STL
CelcomDigi STL: PDRM Defenders bangkit atasi Penang Black Panthers di Nilai
Naib juara Grand Prix (GP) Terengganu PDRM Defenders bermula langkah kanan di GP Negeri Sembilan selepas menewaskan Penang Black Panthers 2-1 dalam kempen Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025, sebentar tadi.
Fadlansyah Barahim memberikan kepercayaan kepada trio diketuai Worapat (tekong), Shahalril Aimin Halim (pengumpan) dan juga Shahalril Aiman Halim (perejam).
Penang pula dibarisi pula diperkuatkan Imran Fazli (tekong), Danial Iman (pengumpan), dan Rusdi (perejam).
Iklan
Set pertama berlangsung sengit antara kedua-dua pasukan, namun rejaman Rusdi memastikan mereka mendahului dengan kemenangan 17-16.
Begitupun, PDRM Kembali bangkit dalam babak kedua selepas memperkemaskan corak permainan untuk menang 15-6 sekali gus mengheret pasukan lawan ke set penentuan.
Tempoh 30 minit diperlukan PDRM dalam set penentuan untuk menoktahkan kemenangan 15-13 dengan corak permainan pantas memastikan pasukan lawan bergelut.
Dalam pada itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Najmi Syahfiq memacu kemenangan Perak Bison menewaskan Terengganu Turtles dalam aksi straight set, 17-14,15-9, dalam tempoh 51 minit.
Must-Watch Video