Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: NS Antlers tekad beri cabaran lebih hebat terhadap Melaka Titans, KL Thunder

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ns-antlers.jpg
NS Antlers pasrah apabila sekali lagi mereka diundi bersama Melaka Titans serta Kuala Lumpur Thunder menjelang Grand Prix (GP) Negeri Sembilan yang merupakan pusingan kedua CelcomDigi Sepaktakraw League (STL).

Dan ini bermakna mereka sekali lagi perlu mengharungi pengembaraan sukar pada minggu depan, sekali gus menghangatkan perseteruan bersama pemain elit negara.

Bagi tekong Antlers, Haziq Hairul Nizam meskipun sukar, dia percaya kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin demi merealisasikan kebangkitan skuad kendalian Mohd Shahir Nasrudin itu.

"Kami mengharapkan tekong untuk menyumbangkan lebih banyak mata. 





"Saya akan berehat sehari sahaja selepas GP pertama sebelum menyambung latihan", kata Haziq.

Sementara itu, sasaran ke separuh akhir pusingan pertama GP disambut baik kapten NS Antlers, Hafizul Hayazi Adnan, sambil melabel perseteruan bersama Melaka Titans serta KL Thunder sebagai persaingan sihat.

"Format musim ini memang mencabar, kami perlu segera dapatkan rentak sebaik masuk ke gelanggang. 

"Saya harap memasuki pusingan kedua ini, keyakinan kami semakin bertambah. 

"Dengan nasib dan berkat usaha, kami harap dapat lepasi kumpulan maut ini," katanya.  

Advertisement

Must Watch Video