Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: NS Antlers rangkul GP kedua, nafi hajat KL Thunder

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ns-antlers.jpg
Negeri Sembilan Antlers menjulang kejuaraan kedua CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) 2026 dalam grand prix (GP) keempat, sebentar tadi. 

Menarik dan menghiburkan.

Itu gambaran perlawanan final di antara KL Thunder dan Negeri Sembilan Antlers di Larkin Indoor Arena tersebut. 

Trio Thunder dibarisi kapten, Amirul Zazwan Amir, Zarif Marican Ibrahim Marican selaku tekong selain perejam berbakat, Redwan Hakim Muhammad, manakala Antlers menampilkan gandingan berbisa menerusi kapten, Zulefendi Sumari, Haziq Hairul nizam (tekong) dan Hafizul Hayazi yang bertindak sebagai pelibas. 




Situasi menjadi semakin memuncak apabila Thunder mula mendahului.

Bagaimanapun, kedudukan 13-11 masih belum selamat apabila diekori rapat 13-12 sebelum menjamin kemenangan set pertama 15-12. 

Permainan terus rancak apabila seperti dijangka, Antlers kembali lebih kemas dan garang dalam set kedua untuk memimpin 7-2. 

Antlers jelas mahu menghidupkan peluang dengan terus mendahului untuk kemenangan 9-15.

Kedua-dua pasukan saling mengejar mata dengan servis padu, tapi ia bukan pengakhiran kepada saingan sengit kerana jurang mata masih kecil sebelum dua mata berturut-turut memberi kelebihan 9-6 kepada Thunder. 

Tekanan itu membakar semangat Antlers yang selepas itu mengutip enam mata berturut-turut untuk memimpin 12-9. 

Walaupun perlu menanti seketika sebelum mengesahkan kejuaraan kedua GP musim ini, Antlers kekal tenang memacu kemenangan 15-11.
 

Advertisement

Must Watch Video