Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: NS Antlers cabar Melaka Titans untuk gelaran GP Kuala Lumpur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stl-melaka-titans.jpg
Negeri Sembilan (NS) Antlers mara ke final kali kedua CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) sementara Melaka Titans memburu kejuaraan grand prix (GP) kedua dalam GP Kuala Lumpur, sebentar tadi. 

Perebutan hangat ke final menyaksikan NS Antlers berdepan Perak Bison yang menyaksikan jurulatih Sang Seladang, Mohd Dzafril Anuar, memilih barisan pemain terbaik dengan menurunkan Aidil Nordin selaku feeder, Kritsada Sungvung mengambil tanggungjawab sebagai tekong sementara Noraizat Nordin sebagai pelibas bagi menafikan kebangkitan setelah hanya dipisahkan dengan dua mata dalam set pertama untuk kemenangan 15-13.

Sedar akan kesilapan mereka, usaha dipertingkatkan NS Antlers dan hasilnya mereka meninggalkan Bison dengan kemenangan 15-8 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. 

Semangat juang tinggi ditunjukkan kedua dua pasukan itu yang mendahagakan penampilan ke final, namun NS Antlers yang bijak mengatur langkah untuk mara ke final buat kali kedua, dan kali yang kedua juga menewaskan Perak Bison.

Satu lagi aksi menarik menyaksikan pertembungan beregu berpengalaman Melaka Titans membenam cabaran Selangor Pistons.

Trio berpengalaman Titans, Syahir Rosdi, Zaim Razali dan Azlan Alias bermula perlahan, namun bangkit memperkemaskan permainan.





Semangat mereka menyala menerusi servis tajam dan libasan kemas untuk mengakhiri set pertama dengan kemenangan 15-12.

Namun, segala cubaan Pistons untuk mencalar rekod Titans gagal walaupun membawa masuk khidmat Zuhri Zin sebagai tekong apabila Titans apabila menamatkan set kedua 17-15.

 

Advertisement

Must Watch Video