STL
CelcomDigi STL: Negeri Sembilan Antlers sambar slot terakhir ke separuh akhir
Negeri Sembilan Antlers terpaksa bekerja keras untuk mara ke separuh akhir apabila menewaskan Kuala Lumpur (KL) Thunder 2-1 dalam kancah Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Shahir Nasrudin kekal mempertaruhkan trio utama iaitu Haziq Nizam (Tekong), Hafizul Hayazi (Apit Kanan) dan Zulefendi Sumari (Apit Kiri).
Set pertama bermula sengit apabila kedua-dua pasukan bersaing hingga terikat 12-12, namun sorakan pasukan tuan rumah memberikan dorongan buat Negeri Sembilan beraksi lebih bersemangat untuk memacu kemanangan 15-12 di N9 Arena, Nilai itu.
Iklan
Begitupun, KL kembali bangkit selepas pemain kebangsaan Amirul Zazwan memperkemaskan corak permainan daripada aspek bertahana untuk menang 15-11 sekali gus mengheret wakil tuan rumah ke set penentuan.
Namun, Kecekapan Haziq dalam set ketiga menyukarkan pasukan Warga Kota itu yang sedikit bergelut meskipun memberikan saingan sengit untuk akur tewas 12-15 kepada Negeri Sembilan sepanjang tempoh 1 jam 18 minit perlawanan berlangsung.
Pasukan yang mara ke separuh akhir:
Perak Bison
PDRM Defenders
Negeri Sembilan Antlers
Johor Tigris
(KEMASKINI KEPUTUSAN LAIN)
ATM GUARDIANS 2-0 SELANGOR PISTONS (17-14,17-15)
Must-Watch Video