Negeri Sembilan Antlers mengesahkan slot awal ke pusingan separuh akhir CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Johor selepas menewaskan Melaka Titans 2-0 di Stadium Larkin, sebentar tadi.
Juara GP Kuala Lumpur itu dibarisi trio terbaiknya diketuai Zaim Razali (pengumpan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias (perejam). Manakala, Negeri Sembilan pula mempertaruhkan Haziq Nizam (tekong), Hafizul Hayazi (perejam) dan Zuleffendi Sumari (pengumpan).
Set pertama berlangsung sengit antara kedua-dua pasukan dalam merebut mata sehingga jurulatih Melaka iaitu Khairul Anuar dilayangkan kad merah susulan mempertikaikan keputusan pengadil.
Kelebihan itu dimanfaatkan Negeri Sembilan dengan Haziq Nizam menjadi watak penting memacu kemenangan pasukannya 15-9 dalam babak pertama menewaskan Melaka.
Percaturan Melaka dalam set kedua serba tidak menjadi dengan Negeri Sembilan mengambil kesempatan di atas kekurangan itu dengan menoktahkan permainan dengan kemenangan 15-7 dalam tempoh 53 minit secara keseluruhan permainan.
Untuk rekod, Negeri Sembilan Antlers berjaya merangkul kejuaraan minggu kedua di laman sendiri sebelum ini.