Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Negeri Sembilan Antlers hadapi Kuala Lumpur Thunder dalam final di Johor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-thunder.jpg
Negeri Sembilan Antlers menempah tiket final grand prix (GP) kedua CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Premier musim ini, selepas menundukkan cabaran Kelantan Warriors di Larkin Indoor Arena, sebentar tadi. 

Kali pertama bersaing dalam separuh akhir edisi kali ini, Warriors gagal menemui rentak mereka apabila tidak mampu mengekang asakan yang dijelmakan juara GP Negeri Sembilan itu. 

Regu yang terdiri daripada Haziq Hairul Nizam, Zuleffendi Sumari dan Hafizul Hayazi itu, ternyata lebih tekad dalam mengatur langkah ke final GP Johor tersebut, 

Dan hasrat tersebut semakin menjadi selepas mendominasi mereka set pertama 15-9 sebelum melepasi ranjau 15-13 dalam set kedua. 




Dalam satu lagi aksi separuh akhir yang juga boleh dianggap 'derby' Lembah Klang menyaksikan Kuala Lumpur Thunder yang dibimbing Rusli Rahman mempertaruhkan kudrat Redwan Hakim di posisi apit kanan, Amirul Zazwan Amir sebagai apit kiri dan Zarif Marican Ibrahim Marican sebagai tekong.

Sementara menentang Selangor Pistons kekal menurunkan trio Arif Daniel, Zuhri Zin dan Salman Anuar dalam pemburuan ke final.

Sejak mula kedua-dua pasukan saling mengejar kedudukan sebelum kemasukan tekong, Sarawut Klinket, memberikan pulangan bermakna buat Thunder unggul dengan 15-11.





Sarawut terus menjadi senjata pemusnah buat Pistons apabila banyak menghasilkan mata daripada servis dan pada suatu ketika meninggalkan lawan 10-3. 

Cukup 52 minit, Thunder memastikan slot final menjadi milik mereka dengan kemenangan 15-6.

 

Advertisement

Must Watch Video