Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Negeri Sembilan Antlers diingatkan usah terlalu tertekan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

husni-sepak-takraw.jpg
Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS), Wan Mohd Husni Abdullah, percaya adalah tidak mustahil Negeri Sembilan Antlers mampu menaiki podium grand prix (GP) kedua CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) meskipun diundi dalam kumpulan maut.

Antlers sudah melupakan kekecewaan GP Kuala Terengganu, dua minggu lalu, yang menyaksikan mereka sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

"Saya masih berfikiran positif bahawa kami boleh menghasilkan sesuatu. 

"Sesiapa yang kurang buat kesilapan, itu (faktor) akan menang akhirnya. 




"Lawan tetap lawan, kami tidak akan lari dalam sistem sebegini. 

"Kami adalah underdog dan cuba berikan permainan yang baik, pemain jangan terlalu tertekan," katanya. 

Mahu tidak mahu Antlers perlu mencetak ketika berdepan pasukan pilihan, Melaka Titans, dalam aksi pembukaan Kumpulan D esok sebelum menghadapi juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder, seandainya berhasrat mara jauh dalam kejohanan yang bakal berlangsung di N-Nine Arena, Nilai itu.

Lantaran itu, Wan Mohd Husni menggesa anak buahnya memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk melakar kebangkitan, sekali gus mencipta kejutan meskipun berstatus 'underdog'.

"Sebagai tuan rumah, kami akan bertemu juara GP pertama, Melaka Titans, esok yang diibaratkan seperti perlawanan akhir.

"Kami juga mempertaruhkan pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. 

"Apa pun yang berlaku esok, kami mengharapkan satu permainan yang amat baik (dapat ditampilkan)," katanya lagi. 

Untuk rekod, selepas berakhir GP pertama, Antlers menghuni kedudukan kesembilan daripada 12 pasukan dengan kutipan lapan mata.
 

Advertisement

Must Watch Video