Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Naib juara GP Terengganu mara ke separuh akhir di Nilai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm.jpg
PDRM Defenders diangkat selaku juara Kumpulan B selepas mengutip dua kemenangan dalam kempen Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Negeri Sembilan, sebentar tadi. 

Namun, memasuki aksi kedua, ia bukanlah perlawanan yang mudah buat anak buat Fadlansyah Barahim Abd Razak apabila Kelantan Warriors memberikan saingan setimpal. 

Regu yang ditunjangi oleh Ikhwan Syafiq Mohd Fitri, Zulfikri Wajawwa dan Izham Zaidi membuka tirai aksi dengan mendominasi set pertama 15-10.




Kecemerlangan itu gagal diteruskan oleh Warriors tatkala naib juara GP Terengganu itu mula menampilkan permainan garang dengan mengheret aksi ke set penentuan selepas memenangi set kedua 17-14.

Akibat kesilapan berulang, Warriors dilihat tidak mampu mengekang asakan Defenders yang mudah menundukkan lawan dengan keputusan besar, 15-5. 

Advertisement

Must Watch Video