Melaka Titans dinobatkan sebagai juara Grand Prix (GP) Terengganu, CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) selepas menewaskan PDRM Defenders 2-0 di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.
Fadlansyah Barah mempertaruhkan Worapat Kaewtawatwiset (tekong), Sharil Aimin (pengumpan), dan Shaharil Aiman (perejam). Manakala, Melaka Titans pula dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Zaim Razali (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam).
Ketajaman servis tekong kebangsaan, Syahir Rosdi, kerap kali menjadi mimpi ngeri buat PDRM yang bergelut untuk tewas 8-15 dalam tempoh 17 minit.
Momentum itu diteruskan juara Division 1 STL 2025 itu dalam babak kedua dengan beberapa kesilapan mudah dilakukan PDRM serta ketajaman libasan Azlan Alias menoktahkan kemenangan kali pertama buat skuad kendalian Khairul Anuar itu menang 15-2 dan menoktahkan status selaku juara grand prix pertama 2025.
Dalam pada itu, jaguh musim lalu iaitu Kuala Lumpur Thunders pula meraih tempat ketiga selepas menewaskan Selangor Pistons menerusi kemenangan straight set 15-12,17-14, dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat.
KEPUTUSAN LAIN:
Tempat kelima: Perak Bison
Tempat keenam: Johor Tigris
Tempat ketujuh: Terengganu Turtles
Tempat kelapan: Kelantan Warriors