Kejutan gagal ke saingan klasifikasi Grand Prix (GP) Negeri Sembilan enggan berulang buat juara GP Terengganu iaitu Melaka Titans selepas melakar kemenangan kedua dalam misi wajib menang sebentar tadi.
Melaka menewaskan Terengganu 2-1 untuk mara ke separuh akhir Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa.
Dengan mengekalkan trio terbaik mereka diketuai Zaim Razali (pengumpan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias (perejam), Melaka dikejutkan dengan kelincahan Terengganu terlebih dahulu hasil keampuhan Afif Jazimi (pengumpan), Amar Roslan (tekong) dan Kittipong Jaiboon (perejam).
Hasilnya Terengganu berjaya raih mata pertama dalam tempoh 20 minit menerusi kemenangan 15-8, sebelum Melaka bangkit dalam babak kedua menerusi kemenangan 15-11 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.
Dalam set genting itu, kedua-dua pasukan tidak ketinggalan untuk saling mencuri mata demi mata, sehingga aksi terikat 8-8, dengan Melaka Kembali mendapatkan rentak dengan Syahir memacu kemenangan 15-13 buat pasukannya mengungguli Kumpulan A.
KEPUTUSAN LAIN:
Johor Tigris 2-1 Negeri Sembilan Antlers