Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Melaka Titans kembali temui rentak kemenangan di Titiwangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka.jpg
Melaka Titans menyekat kemaraan PDRM Defenders dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan peringkat Kumpulan A, Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi 

Melaka Titans mempertaruhkan trio terbaiknya diketuai Syahir Rosdi (tekong), Zaim Razali (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam). Manakala, PDRM ditunjuangan Worapat (tekong), Shahalril Aimin Halim (pengumpan) dan juga Shahalril Aiman Halim (perejam).

Skuad kendalian Khairul Anuar yang dibarisi pemain kebangsaan tidak berdepan masalah untuk menoktahkan set pertama dengan kemenangan 15-7 selepas PDRM bergelut mendapatkan rentak mereka.

PDRM mendahului 12-7 dalam awal set kedua, walaupun Melaka cuba bangkit dengan membawa masuk Khathadet Srichan namun sudah terlambat untuk Melaka akur tewas 12-15.

Begitupun, Melaka yang kembali memperkemaskan corak serangan dengan kemasukan kembali Syahir Rosdi kembali menekan PDRM daripada aspek serangan sekali gus memastikan kemenangan 15-7 dalam tempoh 56 minit buat Melaka.

Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Pichet Pansan menjadi watak penting dalam memacu kemenangan Kelantan Warriors menewaskan Johor Tigris 15-13,15-13 dalam saingan Kumpulan D untuk mengutip dua mata penting.






Kelantan kini berada di kedudukan kedua peringkat kumpulan dibawah Negeri Sembilan Antlers.

Untuk rekod, juara GP Terengganu itu terkandas dalam kempen di Negeri Sembilan selepas terkandas dalam peringkat kumpulan.
 

Advertisement

Must Watch Video