Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Melaka Titans hidupkan peluang ke peringat kalah mati!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melak-ttans.jpg
Selepas tewas aksi pembukaan berdepan Terengganu Turtles dalam saingan yang boleh disifatkan sebagai dramatik -- Melaka Titans hadir dalam aksi kedua saingan Kumpulan B dengan misi wajib menang demi meneruskan hayat ke saingan klasifikasi.

Namun berdepan negeri sembilan antlers yang turut membawa semboyan sama dalam misi muncul juara kumpulan menyaksikan Melaka kekal mempertaruhkan kudrat trio berbisa mereka -- ditunjangi Syahir Rosdi, Azlan Zlias dan Zaim Razali.

Dan atas alasan itu -- trio hebat itu berjaya menumbangkan gandingan trio Negeri Sembilan Antlers -- Haziq, Zulefendi dan Hafizul menerusi kemenangan mudah 15-5 di set pertama.

Skrip berbeza berjaya ditampilkan Negeri Sembilan yang kelihatan cukup bertenaga dalam melanjutkan aksi ke set penentuan apabila mengejar rapat kelebihan dimiliki Melaka sekaligus mempamerkan permainan mental di setiap servis.

Namun aura libasan Syahir berjaya memastikan kempen Melaka di Stadium Tertutup Gong Badak kekal bernyawa menerusi kemenangan 15-10 sekaligus menamatkan hayat Negeri Sembilan di GP pertama musim ini!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video