'Bagaikan deja vu', itu merumuskan undian CelcomDigi STL Premier GP Johor apabila juara dua GP musim ini, Melaka Titans sekali lagi diundi bersama Negeri Sembilan Antlers dan Terengganu Turtles dan menghangatkan perseteruan pemain elit negara.
Senario sama turut dilalui Perak Bison yang berada dalam kumpulan sama dengan Kuala Lumpur Thunder dan Bomba Fighters yang menjanjikan persaingan sengit GP Johor di Arena Larkin bermula 6 Ogos hadapan.
Pasukan pilihan untuk merebut gelaran ketiga musim ini di GP Johor, Melaka Titans berdepan cabaran berliku dalam Kumpulan B.
Selain itu, tentangan yang bakal diberikan dari juara minggu kedua di halaman sendiri Negeri Sembilan Antlers -- yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Hafizul Hayazi Adnan.
Selain faktor rekod pertemuan menentang pasukan elit di pentas STL, satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian adalah ketiadaan tempoh rehat buat pemain dari Melaka diketuai Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali, pasca penglibatan di Piala Raja Thai baru-baru ini.

Cabaran berliku akan dihadapi oleh Melaka Titans dalam saingan kumpulan B di saingan GP Johor!???#CelcomDigiSTL2025 #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/fveXTf2hij
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 31, 2025