Melaka Titans membuktikan bahawa mereka sememangnya kuasa dominan dalam dunia sepak takraw negara apabila menawan pusingan ketiga, CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Premier, sebentar tadi.
Dalam perlawanan akhir Grand Prix (GP) Kuala Lumpur (KL) penuh debaran itu, Melaka menewaskan juara GP kedua, Negeri Sembilan, dalam straight game, sekali gus merakam kejuaraan kedua kempen ini.
Final kali kedua buat kedua-dua pasukan ini tapi kali ni Melaka Titans tampil jauh lebih bersedia, lebih tajam dan lebih bertenaga berbanding pertemuan mereka di N9 Arena, minggu lalu.
Set pertama menyaksikan trio mantap Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali mengawal rentak permainan walaupun Negeri Sembilan sempat mendahului 7-2, namun Melaka Titans bangkit garang untuk menguasai set pertama 15-12.
Set kedua pula lebih sengit tetapi ketenangan regu melaka ketika saat-saat genting menjadi penentu.
Walaupun Haziq Hairul Nizam (tekong), Muhammad Hafizul Hayazi Adnan (apit kanan) dan Zulefendi Sumari (apit kiri) cuba memberikan saingan, tapi Melaka Titans kekal utuh dan memuktamadkan kemenangan 15-7.
Sementara itu, penentuan tempat ketiga dan keempat di antara Selangor Pistons dan Perak Bison diwarnai dengan insiden dan drama.
Set pertama menyaksikan Selangor Pistons terlebih dahulu memimpin permainan sebelum usaha Perak Bison menyamakan kedudukan 14-14. Namun, Pistons tetap mampu merampas set pertama dengan 17-15.
Misi Perak Bison dalam set kedua bertambah sukar tatkala tekanan semakin memuncak sebelum akur 12-15.