Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Melaka Titans bangkit muncul yang terawal ke separuh akhir GP Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-titans.jpg
Melaka Titans muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir CelcomDigi Sepaktakraw League (STL), Grand Prix (GP) Penang, selepas menidakkan cabaran Kuala Lumpur (KL) Thunder di peringkat kumpulan, sebentar tadi. 

Sebaliknya buat KL yang berdepan misi wajib menang dalam perlawanan kedua menentang Bomba Fighters jika berhasrat melangkah ke peringkat klasifikasi pada Sabtu ini. 

Melaka Titans ternyata ingin melunaskan dendam ke atas KL Thunder selepas dua pertemuan sebelum ini memihak juara STL Premier 2024 itu. 

Meskipun berdepan saingan sengit pada awal set pertama, Thunder menjarakkan diri selepas mata ke-10 hingga kemenangan 15-10 menjadi milik mereka.


Namun, Titans pantang menyerah kalah dan mendominasi set kedua walaupun diekori rapat Thunder.

Pada ketika Thunder seakan-akan mampu bangkit dan merampas semula kelebihan perlawanan untuk kejayaan mutlak, Titans memperdayakan Thunder untuk mencetak kemenangan 15-13.




Set penentuan berlangsung sengit yang menyaksikan Titans terlebih mencapai mata akhir, hanya untuk Thunder memaksa babak ke dius. 

Bagaimanapun, anak buah Rosli Rahman itu gagal memanfaatkan momentum mereka dan tiga mata berturut-turut dari Titans mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir.

Dalam aksi lewat malam hari kedua saingan GP Penang ini, hasrat Kelantan Warriors untuk membalas dendam ke atas Perak Bison dalam penampilan sulung mereka di pentas final GP Perak minggu lalu dan menghidupkan peluang ke saingan klasifikasi tidak kesampaian apabila tumpas dalam aksi tiga set.

Advertisement

Must Watch Video