Melaka Titans yang bertemu buat kali kelima musim ini melakar kemenangan 2-0 menewaskan Negeri Sembilan Antlers dalam saingan CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
Meskipun ketinggalan dalam awal set pertama, regu Negeri Sembilan yang terdiri daripada Hafizul Hayazi, Zulefendi Sumari dan Faisal Fuad masih mampu mengejar untuk mengikat kedudukan 8-8, sebelum trio Melaka iaitu Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali menoktahkan dengan kemenangan 15-11.
Situasi kembali berulang dalam set kedua, namun Melaka berjaya mengekalkan momentum untuk menguasai gelanggang.
Selepas mata ke tujuh diraih Negeri Sembilan, Melaka tidak menunggu lama untuk menamatkan saingan dengan tiga mata berturut-turut untuk menoktahkan kemenangan 15-7.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Penang Black Panthers yang menurunkan Imran Fazli, Rusdi dan Haikal Huzzaimi mudah menewaskan Selangor Pistons dalam aksi straight set, 15-9,15-8.