STL
CelcomDigi STL: Malaysian University Knights mara ke separuh akhir
Malaysian University Knights melengkapkan senarai pasukan ke separuh akhir berdepan Melaka Titans dalam saingan CelcomDigi STL Divisyen 1.
Aksi terakhir di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang Mammoth yang dibimbing Hirman Omar tidak membenarkan lawan mendapat rentak selepas kedudukan 2-2 sebelum mendahului 7-2.
Knights tampak bergelut dengan kesilapan mudah di bahagian tekong dan rejaman yang memudahkan Mammoth mengungguli set pertama 15-6.
Iklan
Bagai diseru semangat baharu oleh pengendali Knights, Afdhal Zahidin, kepada trio - Amin Asri, Haikal Huzaimi dan Khairul Hafifi, mereka menampilkan aksi berbeza di set kedua untuk mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 15-9.
Berbeza di set penentuan dengan kedua-dua regu saling mengasak dan jurang mata yang agak rapat dipersembahkan buat stadium bergemuruh.
Bagai mimpi jadi realiti, ubi muda mengejutkan lawan yang lebih berpengalaman dengan konsisten sehingga ke hujung perlawanan dengan 15-12 untuk ke semi final.
Sementara itu, Bomba Fighters membawa cabaran ke separuh akhir apabila menyingkirkan Labuan Drillers.

Must-Watch Video