STL
CelcomDigi STL: Malaysian University Knights juarai Kumpulan A!
Malaysian University Knights berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan CelcomDigi STL Divisyen Satu selaku juara selepas mengatasi Labuan Drillers.
Meskipun tewas, Labuan turut melangkah ke undian suku akhir selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk menamatkan saingan selaku juara Kumpulan A.
Iklan
Walaupun bermula dengan lebih dominan, regu yang dibarisi Drillers Fauzan Hairani, Syahmil Qusyairy dan Theeranan Seesawang gagal mengekalkan momentum mereka di set pertama.
Sedikit demi sedikit kesilapan menghadiahkan mata kepada Knights, yang mengejar sehingga menoktahkan kemenangan set pertama 15-13.
Set kedua terus didominasi Knights yang meneruskan momentum kemenangan mereka untuk menguasai gelanggang.
Trio Amin Asri, Haikal Huzaimi dan Khairul Hafifi jarang diancam di set ini dan manfaatkan situasi ini untuk memuktamadkan kejayaan dalam masa 19 minit sahaja, dengan keputusan 15-6.
Sementara itu, Kedah Eagles turut bakal melangkah ke suku akhir selepas menewaskan PSM Mavericks 2-0.
Must-Watch Video