Kuala Lumpur (KL) Thunder melonjak ke puncak kedudukan keseluruhan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Premier musim ini selepas merangkul tempat kelima Grand Prix (GP) Negeri Sembilan dengan mengatasi Penang Black Panthers dengan aksi tiga set, sebentar tadi.
Meskipun bersifat sementara, skuad bimbingan Rosli Rahman itu ternyata akan mengekalkan kedudukan mereka dalam kelompok teratas liga berikutan ketiadaan Melaka Titans di peringkat akhir GP kedua, hujung minggu ini.
Set pertama bermula sengit dengan penguasaan permainan oleh Harimau Kumbang terlebih dahulu.
Namun, KL Thunder bangkit selepas mata ke-10 untuk merampas momentum hasil kerjasama ampuh gandingan Zarif Merican Ibrahim Merican, Amar Putra Rohaimee dan Kamarul Ezzad Imran.
Bagaimanapun, kemenangan 15-11 itu gagal diulangi dalam set kedua.
Meskipun mendominasi di awal set tersebut dengan membuka jurang 5-1, Penang Black Panthers sempat mengejar untuk mengikat kedudukan 6-6.
Dan tanpa menoleh ke belakang, regu yang diterajui Imran Fazli, Fitri Rusdi dan Danial Iman Hasbullah itu mengutip mengutip mata berturut-turut untuk kemenangan 15-7 untuk memaksa set penentuan.
Sayangnya semangat juang itu bersifat sementara apabila membenarkan KL Thunder bangkit kali kedua selepas menemui rentak semula.
Selepas mendahului 10-4, jurang di antara kedua -dua pasukan jelas terlalu jauh untuk dikejar tuan rumah yang akhirnya akur 9-15.
Sementara itu dalam pertembungan klasifikasi 7 dan 8, Terengganu Turtles mempertahankan posisi ketujuh di Gong Badak sebelum ini apabila mudah atasi cabaran ATM Guardians.