Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: KL Thunder akhiri GP ketiga di tempat kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-thunder.jpg
Kuala Lumpur (KL) Thunder merancakkan hari terakhir Grand Prix (GP) Kuala Lumpur, CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Premier 2025 dengan meraih kelima selepas menundukkan ATM Guardians, sebentar tadi. 

Barisan anak buah Rosli Rahman itu meletakkan Zarif Merican Ibrahim Marican sebagai tekong, Aekasit Naphom di apit kanan dan Kamarul Ezzad di apit kiri. 

Namun, mereka cemas pada awal set pertama yang menyaksikan mereka ketinggalan 0-4.




Semangat Thunder bagaimanapun tidak mudah luntur apabila mengikat kedudukan 9-9 dan dengan servis serta libasan berbisa untuk merampas set pertama 15-11.

Thunder terus memberi tekanan kepada trio Guardians yang ditunjangi Adam Aiman, Afifuddin Razali dan Umar untuk menutup permainan 15-7.

 

Advertisement

Must Watch Video