ATM Guardians melakar kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan D, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak apabila menewaskan Johor Tigris di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
ATM dibarisi ATM diperkuatkan Adam Aiman (tekong), Afifuddin Razali (pengumpan) dan Norfaizzul Razak (perejam) beraksi terpaksa akur tewas 15-17 dalam set pertama.
Namun, permulaan set kedua pula menyaksikan Guardians dapat bina momentum dengan kali ini berjaya meletakkan Tigris pada keputusan satu digit untuk meraih kemenangan 15-5 dan membawa perlawanan ke set penentuan.
Set ketiga pula menyaksikan ATM bermula garang dengan percaturan Sulaiman Safinyi terus meninggalkan lawan mata demi mata untuk pastikan kemenangan sulung dalam aksi kumpulan D dengan 15-10.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Kelantan Warriors bangkit melakar kemenangan pertama dalam kempen Kumplan A selepas menewaskan PDRM Defenders menerusi aksi rubber set 13-15,15-8,15-8.