Saingan klasifikasi 5 hingga 8 menyaksikan juara Grand Prix (GP) Terengganu, Melaka Titans, tewas kepada ATM Guardians 0-2, dalam CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 GP Perak di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
Guardians mudah membaca setiap asakan Titans dengan berjaya mengekang serangan yang dilakukan perejam negara, Azlan Alias.
Skuad kendalian Ab Muhaimi Che Bongsu memperoleh kemenangan pertama 15-6 dalam tempoh 14 minit diikuti persembahan cemerlang di set kedua untuk mengakhiri permainan dengan menggunguli 15-8 untuk ke final.
Sementara itu, Penang Black Panthers mengikuti jejak langkah Guardians apabila menutup aksi dengan kemenangan bergaya meskipun keletihan bermain tiga set.
Memasuki set penentuan, Black Panthers bermati-matian untuk menewaskan Bomba Fighters selepas bangkit dengan mata penting 15-12.