Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Juara GP Terengganu, Melaka Titans tersingkir di peringkat kumpulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

titans.jpg
Kejutan berlaku di N9 Arena, Nilai apabila juara Grand Prix (GP) Terengganu, Melaka Titans, tersingkir, sekali gus gagal mempertahankan kemenangan dalam Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025, sebentar tadi. 

Selepas ditewaskan tuan rumah, Negeri Sembilan Antlers, Melaka Titans mahu melakar kebangkitan, namun Kuala Lumpur Thunder lebih mengungguli perseteruan rubber set.

Ini bermakna, pemain kebangsaan, Syahir Rosdi dan Azlan Alias, tidak berhasil mara ke pusingan seterusnya selepas dikecewakan bekas pasukan. 




Kecemerlangan yang ditonjolkan oleh Titans berjaya disekat oleh Thunder. 

Thunder tidak melakukan kesilapan, sebaliknya mengekalkan momentum terbaik untuk menundukkan ego Titans.

Advertisement

Must Watch Video