Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Johor Tigris, Melaka Titans langkah kanan di GP Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

za.jpg
Melaka Titans tidak berdepan masalah mencipta kemenangan pertama menewaskan Bomba Fighters 2-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan C, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Penang, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di SPICE Arena, Pulau Pinang itu menyaksikan Trio utama Melaka Titans kekal dibarisi pemain kebangsaan iaitu Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (perejam) dan Zaim Razali (pengumpan).






Sepanjang tempoh 34 minit permainan menyaksikan Bomba bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik mereka sekali gus memberikan Melaka kelebihan meraih mata demi mata untuk menang 15-9, sebelum mengakhiri babak kedua dengan kemenangan 15-5.

Dalam pada itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan permainan sengit antara Kelantan Warriors dan Johor Tigris yang terpaksa ditentukan dalam set penentuan.






Permainan itu berpihak kepada Johor yang diketuai Farhan Adam (pengumpan), Hairul Azizi (tekong) dan Teerapat Deecharoen (perejam) bangkit melakar kemenangan 13-15,15-9,17-15.
Takraw Shoes

Setiap Langkah Bermula Dengan Pilihan Tepat

Juara tak lahir dalam sehari, semuanya bermula dengan asas yang betul. Lengkapkan permainan anda dengan takraw shoes yang direka untuk prestasi maksimum.


Mula Sekarang

Advertisement

Must Watch Video