Johor Tigris muncul juara Kumpulan D, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak selepas menewaskan Terengganu Turtles 2-0 di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
Terengganu dibari Zulkifli Razak (tekong), Khairol Zaman (perejam) dan Zulhusni Basri (pengumpan). Manakala, Johor diketuai Farhan Adam (pengumpan), Hairul Hazizi (tekong) dan Teerapat Deechaoren (perejam).
Skuad kendalian Najib Iman mempamerkan aksi menyakinkan dalam set pertama hingga memaksa Terengganu bergelut dan kerap melakukan kesilapan mudah untuk tewas 6-15.
Ketika Terengganu cuba memperkemaskan rentak permainan, rejaman dan pertahanan Teerapat kerap kali menyukarkan pasukan lawan untuk memacu pasukannya menempah slot ke separuh akhir.
Kemaskini:
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan Bomba Fighters melakar kemenangan sulung sepanjang siri grand prix apabila menewaskan ATM Defenders 15-9,15-9.