Selangor Pistons mengecewakan Penang Black Panthers dalam aksi terakhir peringkat kumpulan CelcomDigi STL Divisyen Premier GP Penang sebentar tadi.
Seperti yang diramal, aksi sengit dan agresif antara kedua-dua pasukan seawal set pertama menyaksikan Selangor berjaya menenggelamkan kemeriahan penyokong Penang dengan kemenangan 15-12 dalam tempoh 29 minit.
Sebelum skuad tuan rumah kembali mengikat kedudukan kepada 1-1 menerusi kemenangan set kedua 15-11 biarpun terpaksa menunggu pengesahan pengadil ekoran 'challenge' daripada pihak lawan.
Pertembungan cukup meriah itu diheret ke set penentuan apabila aksi cukup dramatik menghiasi perlawanan terakhir Kumpulan C di Balik Pulau dengan kedua-dua pasukan saling kejar-mengejar mengutip mata.
Namun akhirnya debaran penentuan pemenang terlerai jua dengan kemenangan memihak kepada Selangor hasil keputusan 17-14 sekaligus sah ke klasifikasi separuh akhir dalam perlawanan berdurasi 1 jam 47 minit.
Sementara itu, NS Antlers meraih kemenangan 2-1 ke atas ATM Guardians.