Aksi Kumpulan A antara NS Antlers dan Perak Bison sekadar menentukan siapa yang akan mengungguli peringkat kumpulan kerana juara kumpulan akan berdepan Ratchaburi Takraw Club di separuh akhir.
Pertaruhkan trio Haziq Nizam, Zulefendi Sumari dan Hafizul Hayazi, NS tidak diberi jalan mudah apabila Perak cukup berdisiplin dengan jarak mata yang dikutip cukup rapat sejak mula dan sehinggalah ke penghujung set pertama yang memihak Perak 15-13.
Tempo sama diteruskan di set kedua, servis daripada Kritsada Sungvung dan rejaman Noraizat Nordin sering menghasilkan mata-mata penting ditambah umpanan selembut sutera Aidil Aiman.
Sorakan penyokong yang bergema menambah semangat pemain NS untuk mengheret ke set penentuan dengan kemenangan 15-12.
Di set ketiga ibarat gendang perang dipalu di sekeliling gelanggang yang memberikan kelebihan buat anak buah Shahir Nasruddin.
Cukup 1 jam 16 minit,, kemenangan jadi milik NS dengan 15-10.
Terdahulu, KL Thunder memahat nama selaku juara kumpulan sekaligus melangkah ke separuh akhir Champions Cup.
Berdepan melaka titans yang juga belum selamat, trio kl -- Aekkasit Naphom, Zarif Marican dan Amirul Zazwan memulakan perlawanan wajib menang ini.
Regu Melaka berbisa Syahir Rosdi, Azlan Alias serta Zaim Razali tidak mampu menghalang KL daripada meraih lapan mata berturut-turut untuk kelebihan selesa 13-5.
Pertukaran tekong Melaka dengan membawa masuk Zulkifli Razak turut tidak membuahkan hasil, apabila libasan padu Aekasit memastikan KL menang set pertama 15-9.
Syahir kembali beraksi untuk Melaka di set kedua dan selepas ketinggalan 1-5, ternyata kelibatnya tidak mampu mempengaruhi penguasaan permainan untuk Melaka.
Duka Melaka berlanjutan apabila Azlan Alias mengalami kecederaan dan terpaksa diganti dengan Shahalril Aiman.
Dan gandingan baru ini membantu Melaka mengejar lawan sehingga kedudukan terikat 10-10!
Tapi momentum tersebut sementara sahaja kerana KL Thunder berjuang bermati-matian untuk slot lumayan yang akhirnya menjadi milik mereka.