Aksi pembukaan Kumpulan A CelcomDigi STL Champions Cup dimulakan dengan pertembungan dua pasukan dari Selatan -- di antara Johor Tigris berdepan lawan dari negara jiran -- MGPC Singapore.
Biarpun aksi terpaksa ditangguhkan lebih dua jam setengah lebih daripada waktu asal -- semangat Johor selaku pasukan di ranking kelima STK Premier tahun ni tidak pudar apabila barisan trio mereka, Farhan Adam, Hazizi dan Loesak tetap tampil cukup ampuh.
Hasilnya -- Johor berjaya mempamerkan aksi cukup berbisa untuk memimpin permainan hasil kemenangan set pertama 15-3.
MGPC pamer usaha bangkit apabila mereka berjaya memimpin cabaran di set kedua 9-6 namun Johor kembali mengejar selepas jurulatih menukarkan posisi Hazizi dengan Siwatbancha Seekhwa.
Johor memerlukan 19 minit untuk langkah kanan aksi pembukaan Champions Cup hasil kemenangan 15-12.
Sementara itu, aksi Kumpulan B melibatkan KL Thunder berdepan pasukan Korea Selatan, KSTA Goyang Team.
Saingan sengit diberikan kedua-dua pasukan namun gandingan trio KL yang mempertaruhkan Zarif Merican, Amirul Zazwan dan Aekkasit mudah membaca rentak permainan lawan untuk mereka mendahului 10-6.
Servis kencang Zarif beberapa kali menggagalkan Goyang Team untuk menambah lagi jurang mata sebelum kesalahan servis memberi mata pertama buat KL dengan kemenangan 15-8.
Set kedua menyaksikan skrip yang sama juga terjadi untuk KL mendominasi permainan dengan mendahului 10-3.
Trio Goyang Team menerusi Hyeoun-geun, Jun-seong dan Young-su tidak mudah mengalah, mereka mengejar mata demi mata untuk merapatkan kedudukan dan pada ketika mata menjadi 9-14, satu lagi kesalahan mudah dilakukan tekong untuk memberi kemenangan pertama buat KL Thunder.