Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengesahkan pemain dari Malaysia diberi lampu hijau untuk beraksi bersama kelab Japan Sepak Takraw selaku pemain import di kejohanan CelcomDigi STL Champions Cup 2025.
Ini selepas kesepakatan yang dicapai ASTAF bersama pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ketika mesyuarat koordinasi pertandingan yang berlangsung di ibu kota semalam.
Ujar Abdul Halim, langkah drastik yang diambil itu memberi kelebihan buat pemain liga tempatan yang berpeluang beraksi bersama kelab luar buat julung kalinya di pentas Champions Cup.
Dia percaya pengumuman itu juga mampu meningkatkan intensiti kejohanan memandangkan bakat dari Malaysia rata-ratanya memiliki kualiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Selain Japan Sepak Takraw, difahamkan Singapore MGPC turut berminat dapatkan khidmat pemain dari Malaysia bagi memperkuatkan pasukan ketika mengharungi kempen Champions Cup yang bakal mempertaruhkan 10 pasukan musim ini.
Lengkapkan Aksi Anda
Datuk Abdul Halim Kader sifatkan langkah drastik yang diambil ini beri kelebihan buat pemain tempatan untuk beraksi bersama kelab luar????#NadiArena #AstroArena #STLChampionsCup2025 pic.twitter.com/jkXYcZOS9B
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 19, 2025
Ini selepas kesepakatan yang dicapai ASTAF bersama pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ketika mesyuarat koordinasi pertandingan yang berlangsung di ibu kota semalam.
Ujar Abdul Halim, langkah drastik yang diambil itu memberi kelebihan buat pemain liga tempatan yang berpeluang beraksi bersama kelab luar buat julung kalinya di pentas Champions Cup.
Dia percaya pengumuman itu juga mampu meningkatkan intensiti kejohanan memandangkan bakat dari Malaysia rata-ratanya memiliki kualiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Selain Japan Sepak Takraw, difahamkan Singapore MGPC turut berminat dapatkan khidmat pemain dari Malaysia bagi memperkuatkan pasukan ketika mengharungi kempen Champions Cup yang bakal mempertaruhkan 10 pasukan musim ini.

Kasut Yang Gerak Seiring Aksi Anda
Direka untuk ketangkasan dan kawalan, kasut takraw ini sesuai untuk pemain yang mahu kekal pantas dan stabil di gelanggang.
Lengkapkan Aksi Anda