STL
CelcomDigi STL: Azlan masih dalam Program Podium, dibayar gaji walaupun cedera -- presiden PSM
Berbaki dua minggu lagi sebelum grand prix pertama CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) di Terengganu pada 17 Jun depan, surat tunjuk sebab sudah pun dihantar perejam Melaka Titans, Azlan Alias, yang sedang disemak Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Semuanya demi memastikan kebajikan dan prestasi jangka panjang pemain utama negara terus terpelihara.
Ia susulan tindakan pemain kebangsaan itu yang tetap beraksi dalam pusingan suku akhir dan separuh akhir Divisyen 1 Celcomdigi STL bersama Melaka Titans meskipun masih dalam tempoh pemulihan.
Iklan
PSM ketika ini sedang meneliti surat tunjuk sebab tindakan Azlan itu sebelum jawatankuasa disiplin bakal memuktamadkannya dalam masa terdekat.
"Kalau saya biarkan perkara ini berterusan, ia akan berulang jadi apa keutamaan sebenar pemain ini? Negara atau negeri?
"Bukan hanya Azlan, semua pemain kebangsaan ada semangat yang kental dan ingin menaikkan pasukan kebangsaan.
"Tetapi Azlan masih dalam Program Podium, masih dibayar gaji walaupun tercedera.
"Kalau tidak main sekalipun gajinya tidak dipotong, kami faham sebab dia mengalami cedera," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Satu mesyuarat khusus akan dibuat bersama yang Dipertua Persatuan Sepaktakraw Melaka, Datuk Akramuddin Abdul Aziz, dan barisan kejurulatihan Melaka Titans untuk meletakkan kata putus terhadap isu ini.
"Dia tidak endahkan nasihat doktor dan PSM. Kami akan meneliti segala sudut untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik," tambahnya.
Must-Watch Video