Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Azlan Alias tidak alami retak tulang, sedia kembali beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-alias_2.jpg
Perejam skuad negara, Azlan Alias, memberikan bayangan bahawa dia tidak mengalami kecederaan serius dan  bersedia untuk membantu Melaka Titans dalam saingan Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.

Azlan mengalami kecederaan lengan kiri ketika skuad negara tewas kepada Thailand dalam final acara regu berpasukan Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa dua minggu lalu.

Pada awalnya, dia disangkakan mengalami keretakan tulang siku dan terpaksa berehat dua bulan.

Bagaimanpun, ujian imbasan terbaru menunjukkan sikunya tidak retak dan hanya mengalami koyak tendon.

Ketika ini, dia hanya menunggu kebenaran daripada pihak perubatan untuk kembali beraksi dan dijangka akan memperkuatkan Melaka Titans seawal Sabtu ini.

"Sewaktu x-ray, memang nampak retak tetapi selepas mendapat keputusan MRI yang lebih terperinci semalam, ia hanya otot koyak sahaja, tiada retak," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Jadi, Alhamdulillah, syukur, saya rasa saya masih boleh beraksi walaupun tidak 100 peratus. Saya kini hanya menunggu keputusan doktor.

"Saya rasa saya boleh kembali bermain pada Sabtu atau Ahad ini tetapi tidak boleh bermain secara penuh.

"Saya akan tetap membalut lengan saya kerana keselamatan itu penting," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video