Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Azlan Alias akui cabaran berliku mulakan kempen musim baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan.jpg
Perejam Melaka Titans, Azlan Alias, berkongsikan bahawa dia tidak mahu terlalu banyak berfikir mengenai masalah kecederaan yang dialaminya ketika berada di dalam gelanggan sebelum ini susulan perkara itu hanya akan memberikan kesan pada momentum prestasinya.

Malah, ketika pentas akhir itu dia hanya nekad untuk memberikan aksi terbaiknya sekali gus memacu kejayaan pertama Melaka Titans bergelar juara di Grand Prix (GP) Terengganu, CelcomDigi Sepaktakraw League (STL), Ahad lalu.

"Saya beraksi bukan untuk jadi pemain terbaik, kerana saya tahu aksi pertama saya kalah susulan masalah kecederaan. Tidak sangka dapat jadi pemain terbaik. Yang beraksi dengan baik bagi saya adalah perejam PDRM.






"Sebelum beraksi saya akan kebaskan tangan, tetapi buat masa ini tidak lagi cuma takut jatuh belah kiri. Kemudian saya rasa daripada banyak banyak berfikir lebih baik lebih baik buat tidak tahu," katanya.

Dalam pada itu, Azlan beranggapan bahawa cabarannya bagi memulakan kempen STL musim ini berbeza berbanding saingan musim sebelum ini susulan beberapa kemelut yang melanda dirinya sebelum ini.

"Untuk cabaran STL saya rasa amat sukar memandangkan saya cedera kemudian perlu pamerkan surat tunjuk sebab. Kemudiann selepas berbincang bersama PSM serta doktor dan gembira dapat kembali beraksi. Saya rasa berbaloi dapat naikkan nama Melaka kali ini." tambahnya.

Dia diangkat sebagai pemain Pilihan Peminat dan Perejam Terbaik dalam GP pertama di Terengganu.

Advertisement

Must Watch Video