Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL 2025: Sabah Mountaineers 'mandi peluh' atasi Penjara Enforcers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
Sabah Mountaineers terpaksa bermandi peluh mengatasi Penjara Enforcers 3-1 dalam saingan Kumpulan D, Divisyen 1, Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2025 di Stadium Sukpa, Pahang, sebentar tadi.

Penjara Enforcers dibarisi Hisyammudin Nazri (tekong), Muhaimin Olthman (pengumpan) dan Nazrul Ikmal (perejam), manakala Sabah Mountaineers pula mempertaruhkan Aizat Azmi (tekong), Sarip Shahari (pengumpan) dan Baihakki A'ripin (perejam).

Skuad kendalian Daud Amba bermula dengan langkah kanan dalam set pertama untuk menewaskan Penjara 15-13 dengan rejaman Baihakki A'ripin menjadi watak penting dalam mencuri mata demi mata.

Begitupun, Penjara kembali bangkit dalam set kedua selepas servis pasukan lawan kerap kali tersangkut untuk mereka mengheret Sabah ke set penentuan.

Kedua-dua pasukan beraksi sengit dalam set penentuan selepas saling berkejaran meraih mata hingga terikat 10-10, namun kelebihan berpihak kepada Sabah yang lebih kemas bertahan apabila bangkit dengan kemenangan 15-11 dalam tempoh hamper satu  jam itu.

 

Advertisement

Must Watch Video