Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL 2025: PDRM dikejutkan Penang Black Panthers, Perak Bison atasi kebangkitan Bomba Fighters

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang.jpg
CelcomDigi STL 2025 kembali lagi selepas berehat lebih tiga minggu, akhirnya aksi yang saingan yang ditunggu-tunggu ini kembali bersambung di Johor.

Aksi pusingan keempat dikejutkan dengan PDRM Defenders yang kini menghuni tangga kedua kedudukan liga format yang baru diperkenalkan musim ini tunduk kepada Penang Black Panthers.

PDRM menurunkan gandingan kembar, Shaharil Aimin Halim dan Shaharil Aiman serta Izzat Zainal Abidin di posisi tekong berdepan Penang dalam aksi Kumpulan D yang masih tercari-cari rentak dengan kini masih di kedudukan ke-11 liga.

Aksi di Stadium Tertutup Arena Larkin tidak menggoyahkan Penang yang bermula garang dengan trio Imran Fazli, Haikal Huzaimi dan Rusdi mengungguli pada awal permainan sebelum PDRM mula mengejar sehingga kedudukan terikat 10-10.

Apit kanan import dari Indonesia itu cukup berbisa dengan libasan yang banyak menghasilkan mata demi mata untuk mengungguli set pertama 17-14.

Entah apa yang mengganggu anak buah Fadlansyah Barahim, apabila tekong mudah menghadirkan mata buat lawan, sehingga berlaku beberapa kali pertukaran pemain.

Hanya satu mata sahaja berjaya dikutip PDRM untuk terpaksa akur tewas dengan 1-15 dalam masa 45 minit.

Sementara itu, Bomba Fighters hampir melakar kemenangan ke atas Perak Bison sebelum akhirnya tewas.

Bomba yang satu-satunya pasukan masih belum meraih sebarang mata berjaya menghidupkan harapan untuk menang perlawanan ini apabila merampas set pertama 15-13.

Namun Perak yang mempertaruhkan trio Aidil Aiman, Meor Zulfikar dan Noraizat Nordin tidak mudah tergugat dengan kekalahan itu, sebaliknya kembali garang dengan kemenangan 15-4.

Dalam set ketiga, Bomba diwakili Yus Hanif, Syazreen Qamar dan Khairul Hafifi tampil lebih garang, berjaya mendahului 10-7 namun terpaksa membayar harga mahal selepas itu berpunca kesilapan mudah yang dilakukan untuk tewas dengan keputusan 15-12.

Advertisement

Must Watch Video