Saksikan pemburuan takhta kejuaraan di setiap enam grand prix di platform Astro dan sooka.
CelcomDigi Liga Sepak Takraw (CelcomDigi STL) 2025 kembali menghangatkan arena sukan tanah air dengan penambahan satu lagi siri grand prix di Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan enam siri grand prix musim ini yang akan bermula dari 28 Mei hingga 31 Ogos 2025.
Lebih menarik, edisi ke-11 tahun ini tampil dengan wajah baharu apabila syarikat telekomunikasi terkemuka CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), diumumkan sebagai penaja utama STL 2025.
Selain kehadiran penaja baru musim ini, format pertandingan grand prix masih dikekalkan, namun CelcomDigi STL 2025 tampil dengan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua selepas peringkat kumpulan.
Hanya Kelas Satu layak merebut kejuaraan, manakala Kelas Dua bersaing untuk tempat kelima hingga kelapan. Format ini dijangka meningkatkan intensiti perlawanan dan memberikan lebih banyak aksi mendebarkan kepada peminat.
CelcomDigi STL 2025 akan membuka tirai dengan STL Divisyen 1 yang akan berlangsung di gelanggang baharu musim ini, iaitu di Stadium SUKPA, Pahang. Seterusnya, STL Premier akan membuka tirai di Stadium Gong Badak, Terengganu untuk GP pertama. Siri grand prix kedua pula akan diadakan di venue baharu, iaitu Arena N9, Nilai (Negeri Sembilan), diikuti GP ketiga di Iskandar Malaysia Studios, Johor. GP keempat akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur diikuti GP kelima di Stadium Indera Mulia, Ipoh (Perak), dan GP keenam di SPICE Arena, Pulau Pinang, sekali gus menutup tirai STL Premier musim ini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata: "STL merupakan sebuah liga berprestij yang wajar diberi pujian, khususnya kepada Astro dan kerjasama erat bersama Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menerusi pelan pembangunan yang strategik dan berkesan.
"Hasil usaha berterusan ini, kita berjaya membentuk generasi pemain yang berkaliber tinggi serta melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia.
"Pencapaian membanggakan skuad negara dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 baru-baru ini adalah bukti nyata keberkesanan program pembangunan akar umbi dan platform seperti STL.
"Dalam tempoh 11 tahun, STL telah berkembang daripada sebuah sukan rakyat kepada sebuah liga profesional yang dikomersialkan dan inklusif, ini adalah satu pencapaian luar biasa buat sukan tempatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata: "STL bukan sekadar liga tetapi sebuah inisiatif untuk mengangkat sukan sepak takraw ke peringkat dunia.
"Kerjasama CelcomDigi telah membuktikan kekuatan kolaborasi di antara sektor korporat dan penganjur dalam membawa sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
"Sokongan CelcomDigi menerusi inisiatif Arena CelcomDigi ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sebagai platform penyatuan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan.
"Kami amat berbesar hati, di mana salah satu sukan di dalam inisiatif Arena CelcomDigi adalah sukan sepak takraw. Usaha Ini telah memberi nilai tambah kepada misi kami untuk memperluas impak STL di seluruh negara mahupun antarabangsa. Kami amat menghargai kepercayaan dan komitmen yang ditunjukkan.
"STL sedekad pada tahun lalu telah mencatatkan rekod baharu apabila jumlah capaian tontonan di televisyen mencecah 6.3 juta, menjadikannya yang tertinggi sejak STL diperkenalkan pada 2014. Lebih membanggakan, platform OTT seperti sooka turut mencatat pertumbuhan yang sangat memberangsangkan, dengan 15 juta minit jumlah tontonan dan peningkatan yang luar biasa sebanyak 500 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini jelas membuktikan kesetiaan dan sokongan yang semakin kukuh daripada peminat," katanya.
Ketua Jenama dan Khidmat Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, pula berkata: "Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Astro dalam STL 2025 sebagai satu usaha untuk memperkasakan sukan sepak takraw dalam kalangan peminat di peringkat tempatan dan antarabangsa. Seiring dengan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap gaya hidup sihat dan aktif, hasrat kami adalah untuk memupuk budaya sukan yang sihat, inklusif dan mampan melalui inisiatif Arena CelcomDigi, demi memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai akses dan peluang untuk melibatkan diri dalam sukan yang diminati.
"Ini turut merangkumi sokongan terhadap usaha-usaha mengenal pasti bakat baharu dalam arena sukan tempatan serta pembangunan berterusan mereka untuk jangka masa panjang," katanya.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menambah: “Tahun ini merupakan detik penting buat arena sepak takraw negara dengan jadual kejohanan yang padat dan kemenangan skuad kebangsaan dalam Piala Asia baru-baru ini telah menyemarakkan lagi semangat, bukan sahaja kepada pemain, malah seluruh komuniti sukan sepak takraw.
"Kita sedang menyaksikan satu anjakan paradigma dalam landskap sukan sepak takraw negara, STL bukan sahaja mengangkat imej sukan tradisional ke peringkat lebih profesional, malah menandakan komitmen serius terhadap pembangunan jangka panjang.
"STL akan terus menjadi sebahagian daripada kalendar utama sukan sepak takraw, bukan sahaja di Malaysia tetapi turut menjadi rujukan banyak negara dalam aspek pembangunan dan pengkomersialan sukan ini.
"Kami percaya, dengan beberapa rombakan dalam barisan pemain musim ini, persaingan akan menjadi lebih sengit dan menarik untuk disaksikan oleh peminat," katanya.
Selain CelcomDigi sebagai penaja utama, penaja-penaja yang lain ialah Vida sebagai air minuman rasmi STL, Gajahmas sebagai penaja peralatan rasmi STL, FBT-UFL sebagai pakaian rasmi penganjur, Pos Malaysia sebagai rakan strategik logistik rasmi, TicketHotline sebagai rakan rasmi tiket dan First Pride sebagai rakan kongsi snek.
Selain itu, tiga rangkaian radio rasmi STL yang kekal ialah Sinar FM, Gegar FM dan Zayan FM.

Musim lalu menyaksikan Kuala Lumpur Thunder menamatkan kempen dengan penuh bergaya apabila berjaya merampas kejuaraan daripada Perak Bison untuk muncul juara STL Premier. Sementara itu, Negeri Sembilan Antlers pula mengekalkan reputasi cemerlang mereka selaku juara bertahan STL Champions Cup.
CelcomDigi STL 2025 menampilkan tiga kategori utama iaitu STL Divisyen 1, STL Premier, dan STL Champions Cup.
Sebanyak 12 pasukan akan bersaing dalam STL Premier dan STL Divisyen 1, manakala STL Champions Cup bakal menghimpunkan empat pasukan terbaik STL Premier bersama lima pasukan jemputan antarabangsa, menjanjikan aksi bertaraf dunia.
Peminat boleh mendapatkan tiket secara dalam talian menerusi laman web rasmi www.tickethotline.com.my bermula 22 Mei ini.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan keunggulan aksi CelcomDigi STL 2025 yang akan disiarkan secara menyeluruh di semua platform Astro, sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan, anda boleh menonton setiap detik perlawanan secara langsung di Astro Arena menerusi aplikasi penstriman Astro GO, atau secara percuma di sooka.
Astro komited memastikan setiap peminat tidak terlepas menyaksikan aksi terbaik musim ini, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.