Kehangatan CelcomDigi Champions Cup 2025 terus dirasai di Karisma Arena, Seremban apabila 10 pasukan, lima dari Malaysia iaitu Perak Bison, Kuala Lumpur Thunder, Negeri Sembilan Antlers, Melaka Titans dan Johor Tigris dan lima lagi dari luar negara masing-masing sedang menunjukkan kekuatan pasukan.
Tetapi yang menarik perhatian saya adalah sehingga ke hari ke ketiga ini, masih belum ada lagi pasukan antarabangsa yang mampu menewaskan wakil tempatan.
Pada hari pertama, Tigris menang 2-0 ke atas wakil singapura iaitu MGPC Singapura dengan kemenangan 15-3, 15-12, kemudian Perak Bison dan KL Thunder juga juga mengikut jejak langkah sama berdepan STFI India Fighters dan KSTA Goyang Team dari Korea Selatan dengan kemenangan mudah 2-0.
Percubaan terbaik daripada wakil antarabangsa adalah ketika perlawanan antara Melaka Titans berdepan Ratchaburi yang berlanjutan ke set penentuan tetapi Titans berjaya mencuri kemenangan pertama mereka selepas pertarungan yang sangat sengit dengan keputusan 15-10, 7-15, 17-16.
Ini menunjukkan yang kempen Premier, Sepak Takraw (STL) yang sangat sistematik, dengan format yang sentiasa memaksa pemain dan pasukan memperbaiki corak permainan sebenarnya membuahkan hasil dengan kualiti permainan yang ditonjolkan pada ketika ini.
Namun, masih ada beberapa perlawanan lagi untuk menamatkan aksi kumpulan jadi sama-sama kita lihat sama ada momentum ini dapat diteruskan anak tempatan Malaysia, sekali gus mendominasi di pentas final nanti!

Pasukan manakah menjadi pilihan anda di CelcomDigi STL Champions Cup 2025?
— CelcomDigi (@CelcomDigi) September 4, 2025
Saksikan aksi hebat pada 3–7 September di Karisma Arena, Negeri Sembilan, dan komen pasukan kegemaran anda di bawah bersama hashtag CelcomDigiSTL! pic.twitter.com/ICpMSsdi6Q
Percubaan terbaik daripada wakil antarabangsa adalah ketika perlawanan antara Melaka Titans berdepan Ratchaburi yang berlanjutan ke set penentuan tetapi Titans berjaya mencuri kemenangan pertama mereka selepas pertarungan yang sangat sengit dengan keputusan 15-10, 7-15, 17-16.
Ini menunjukkan yang kempen Premier, Sepak Takraw (STL) yang sangat sistematik, dengan format yang sentiasa memaksa pemain dan pasukan memperbaiki corak permainan sebenarnya membuahkan hasil dengan kualiti permainan yang ditonjolkan pada ketika ini.
Melaka Titans terpaksa harungi aksi tiga set sebelum sah langkah kanan aksi pembukaan CelcomDigi STL Champions Cup berdepan Ratchaburi#NadiArena #CelcomDigiSTL #ChampionsCup pic.twitter.com/lB7hfcbZS6
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 3, 2025