Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi Champions Cup: Ratchaburi gugat tiket separuh akhir KL Thunder

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-thunder-ratchaburi.jpg
Pertembungan yang ditunggu-tunggu dalam aksi Kumpulan B, di antara Kuala Lumpur Thunder dan pendatang baru, Ratchaburi Takraw Club CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Champions Cup yang mampu mempengaruhi kedudukan ke separuh akhir berlangsung sengit di Arena Karisma, sebentar tadi. 

Kekalahan 1-2 itu juga meletakkan juara enam kali Champions Cup tersebut perlu turun dengan misi wajib menang ketika menghadapi Melaka Titans esok. 

Pengendali Thunder, Rusli Rahman mengekalkan trio Zarif Marican Ibrahim Marican, Amirul Zazwan Amir dan Aekkasit Naphom, dengan hasrat mencetak kemenangan ketiga berturut-turut untuk menjamin slot ke separuh akhir.

Ratchaburi pula memberikan tentangan cukup sengit menerusi gandingan Patarapong Yupa Dee, Pootipong Phet Praneet dan Chattuphon Siriard yang cukup disiplin bagi untuk mengungguli set pertama 15-12.





Thunder tampil dengan prestasi berbeza yang menyaksikan Aekkasit cukup efektif dengan halangan dan rejaman yang menghasilkan mata-mata penting untuk kemenangan set kedua 15-3.

Begitupun, kelibat pelibas, Sutthi Kiart Pansean Kaew, dan Rattadech Noijaroen (tekong) nyata memberi impak untuk pelawat membuka peluang ke semi final menerusi kemenangan set ketiga 15-12.





 

Advertisement

Must Watch Video