Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menyifatkan saingan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) dan STL Champions Cup 2025 sebagai penganjuran yang berjaya.
Ujar Sumali, pihaknya bersama Astro sentiasa berusaha untuk memastikan kejohanan berprestij itu berlangsung du tahap terbaik demi memastikan permainan berkualiti tinggi dapat disajikan kepada penonton.
Tegasnya, pentas STL akan terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai bakat pelapis yang mampu diketengahkan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang.
Sesi pasca nilai atau bedah siasat kejohanan akan diadakan bagi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki dalam penganjuran edisi tahun hadapan.
Untuk rekod, musim ini Perak Bison muncul juara keseluruhan STL Divisyen Premier dengan kutipan 136 mata daripada enam grand prix (GP) yang dipertandingkan.
"Dalam masa 2-3 tahun ini kita sudah nampak dengan jelas bahawa pemain kita boleh beraksi dalam apa jua keadaan sekalipun.
"Ramai bakat muda yang boleh bersaing dalam STL.
"Setiap tahun pasti ada penambahbaikan termasuk post mortem tahap penganjuran untuk perbaiki kelemahan.
"Secara keseluruhannya Champions Cup pada tahun ini cemerlang," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sumali dalam perkembangan sama turut mengesahkan hasrat peminat untuk melihat tonggak Negeri Sembilan Antlers, Zuleffendi Sumari, dan Hafizul Hayazi Adnan kembali memperkuatkan kem kebangsaan kian menjadi kenyataan selepas proses mendapatkan pelepasan majikan kedua-dua pemain itu sudah pun selesai.
"Saya rasa dah nampak jalan, sikit lagi untuk John tiada masalah dan 90 peratus (proses) pelepasan hampir diselesaikan.
"Cuma kami masih menunggu perkembangan Zuleffendi dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) cuba bantu sebaik mungkin.
"Saya ingin dua pemain ini memperkuatkan skuad kebangsaan dan tengok adakah mereka boleh beraksi cemerlang.
"Saya mahu pemain jangan jadi jaguh STL sahaja tapi kena jadi jaguh di pentas antarabangsa," katanya lagi.
Lengkapkan Aksi Anda

Kasut Yang Gerak Seiring Aksi Anda
Direka untuk ketangkasan dan kawalan, kasut takraw ini sesuai untuk pemain yang mahu kekal pantas dan stabil di gelanggang.
Lengkapkan Aksi Anda