Negeri Sembilan Antlers mengatasi cabaran paling getir di peringkat Kumpulan A dalam mempertahankan kejuaraan CelcomDigi Sepaktakraw League (STL) Champions Cup, sebentar tadi.
Berdepan Johor Tigris yang pernah menewaskan mereka 2-1 dalam Grand Prix (GP) Kuala Lumpur musim ini, Antlers melunaskan dendam untuk mencerahkan peluang melangkah ke separuh akhir Ahad ini.
Dengan menurunkan trio Haziq Nizam, Zulefendi Sumari dan Hafizul Hayazi, Antlers tidak membuang masa dalam menjarakkan diri sebanyak lapan mata.
Namun, empat mata berturut-turut dipungut Tigris untuk mengejar lawan.
Momentum juara Champions Cup 2019 itu bersifat sementara kerana Antlers merampas semula penguasaan gelanggang dengan asakan bertubi-tubi hingga mencapai mata kemenangan 15-8.
Rentak Antlers dikekalkan dalam set kedua dengan mendahului permainan 6-1.
Sedikit demi sedikit, Johor cuba bangkit menerusi regu Farhan Adam, Hairul Hazizi dan Khairol Zaman.
Namun, selepas mengutip mata kelapan, tiada apa yang mampu Tigris lakukan untuk menghalang keampuhan Antlers yang menoktahkan kemenangan 15-8.