Peluang Ratchaburi untuk menghuni kedudukan dua terbaik Kumpulan B, diancam dengan persaingan sengit daripada Kuala Lumpur (KL) Thunder, Melaka Titans, Jepun dan kelab Goh Yong City Hall dari Korea Selatan.
Status dan reputasi gah Sutthikiart Panseankeaw bukan asing dalam kancah Liga Sepak Takraw (STL) -- pemain yang terkenal dengan rejaman tepat itu pernah memperkuat Terengganu Turtles pada 2023.
Dan sekembalinya Sutthikiart dalam CelcomDigi Champions Cup untuk terus menghantui pasukan tersohor negara.
Kedatangan pasukan yang diberi jolokan 'The Fearless Dragon' itu bukan sekadar pelengkap jadual malah mahu mencabar pemain elit malaysia.
"Saya tahu Melaka Titans ada pemain kebangsaan Malaysia, Syahir Rosdi, dan KL Thunder mempunyai Zarif Marican Ibrahim.
"Kedua-dua pasukan ini sangat kuat. Kumpulan B sangat mencabar, namun kami tetap akan beraksi sehabis baik.
"Kami akan menunjukkan permainan berkualiti kepada semua.
"Jemput kepada semua peminat Thailand untuk hadir memberi sokongan kepada kami di Karisma Arena, Seremban bermula esok," kata tekong Ratchaburi, Rattadech Noijaroen di Nadi Arena.