STL
400 Orang Asli hiasi Klinik STL edisi pertama musim ini
Klinik Liga Sepak Takraw (STL) membuka tirai dengan penganjuran sulung di negeri Pahang menyaksikan 400 Orang Asli turut serta termasuk penglibatan enam buah sekolah berhampiran di Kuantan.
Seperti sedia maklum, klinik ini bertujuan mengasah bakat muda serta memberi pendedahan kepada lapisan sekolah untuk memperkasa kemahiran sepak takraw.
Bekas perejam skuad kebangsaan, Futra Abdul Ghani, menegaskan Klinik STL sebagai medan terbaik melahirkan ramai pelapis yang berkualiti.
Iklan
"Selain itu, kerjasama erat daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) turut memperkukuhkan lagi pelaksanaan program ini.
"Ia sejajar dengan seruan kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memperluaskan inisiatif pembangunan sukan ke kawasan luar bandar, termasuk dalam komuniti Orang Asli dan juga melibatkan penyertaan belia wanita sebagai pelapis masa depan," katanya.
Salah satu keistimewaan utama tahun ini juga ialah peluang eksklusif untuk peserta terbaik dari setiap lokasi menyertai Kem Latihan Asas di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia, pusat latihan pertama seumpamanya di negara ini.
Must-Watch Video