Seramai 12 pemain muda terbaik daripada Kem Final Klinik (Liga Sepak Takraw) STL kini bakal membuka lembaran baharu dalam perjalanan mereka, apabila tersenarai dalam perancangan awal untuk diberi peluang menimba pengalaman bermain di pentas STL pada musim akan datang.
Kem final yang berlangsung selama lima hari baru-baru ini menghimpunkan 40 peserta terbaik yang telah disaring sejak sesi pemilihan awal pada Mei lalu.
Sepanjang kem ini, para peserta dibimbing oleh jurulatih-jurulatih kebangsaan menerusi modul latihan intensif yang merangkumi aspek teknikal, taktikal, serta pembentukan jati diri, dengan matlamat melahirkan pemain berkaliber dan berdaya saing tinggi di masa hadapan.
Kem final yang julung kali diadakan ini merupakan penutup kepada siri Klinik STL, sebuah inisiatif kelestarian oleh Astro Kasih bersama dengan Astro Arena untuk komuniti melalui program sukan yang menyokong pembangunan akar umbi sepak takraw di Malaysia secara aktif.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, Klinik STL merupakan bukti komitmen Astro dalam memperkukuh ekosistem sukan sepak takraw negara, dari peringkat akar umbi hingga ke pentas profesional. Mereka kini sedang merangka pelan bagi memastikan 12 pemain terbaik ini dapat menyertai saingan STL di peringkat divisyen pada musim akan datang. Bagaimanapun, pelaksanaannya masih dalam peringkat perancangan awal.
“Penyertaan mereka mungkin bukan sebagai pemain utama, namun peluang untuk berlatih dan berada dalam kalangan pasukan profesional merupakan satu pengalaman yang amat berharga. Langkah ini dilihat sebagai usaha penting untuk memberi pendedahan kompetitif, membina keyakinan, dan membentuk disiplin berpasukan, sekali gus memberikan hala tuju yang jelas kepada para peserta selepas berakhirnya kem final.
“Kami mahu memastikan mereka tidak berhenti di sini. Pendedahan di peringkat kompetitif amat penting supaya mereka dapat terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada barisan pelapis masa depan untuk sukan sepak takraw negara,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menegaskan komitmen berterusan PSM dalam memperkukuh pembangunan bakat baharu melalui kerjasama strategik bersama rakan seperti Astro.
“PSM sentiasa komited dalam memastikan bakat-bakat muda ini terus berkembang. Inisiatif bersama Astro menerusi Klinik STL bukan sahaja memberi pendedahan awal dan ilmu bermanfaat, malah menyediakan laluan jelas untuk mereka melangkah lebih jauh dalam sukan ini.
Peserta yang menunjukkan potensi tinggi dari kem ini juga berpeluang menyertai kejohanan anjuran PSM seperti Kejohanan Remaja Kebangsaan dan pertandingan lain di masa hadapan sebagai kesinambungan kepada alumni Klinik STL,” katanya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang