Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Zaidi Gua Musang ​

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidi.jpg

Sebut saja mengenai penjaga gol hoki negara, nama S Kumar pasti paling popular. Dia jadi benteng terakhir The Malaysian Hockey Tigers sejak 1998 dan masih lagi kekal nombor satu selepas 18 tahun.

Dibelakang Kumar, terdapat Mohd Hafizuddin Othman, Hairi Abd Rahman, Hazrul Faiz Sobri dan Mohd Ridzwan Azmi.

Jadi, siapa Zaidi Gua Musang?

Zaidi Ibrahim penjaga gol Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu pasukan itu muncul naib juara Piala Razak 2016 selepas tewas kepada Terengganu di final.

Bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik Perak sebagai Kerani Perlesenan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan di Universiti Sains Malaysia bercita cita menjadi Pegawai Polis. Buat masa ini masih menunggu Surat Jawapan Permohonan sebagai Kadet Polis.

Dia berusia 26 tahun, mula bermain hoki ketika berusia 12 tahun semasa menuntut di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi, Gua Musang, Kelantan.

Selepas itu, deretan kejayaan dikecapi hingga terpilih mewakili PDRM.

Tahun lalu, Zaidi bantu PDRM muncul juara Divisyen 2 Piala Razak, namun ketika itu tiada siapa peduli mengenai dirinya.

Hinggalah final Div 1, tahun ini di Stadium Hoki Nasional 2 Bukit Jalil: "Siapa penjaga gol tu? Ada bakat besar," kata seorang bekas pemain negara.

Walaupun tewas di final, namun Zaidi akhirnya diumumkan Penjaga Gol Terbaik kejohanan - gelaran sulungnya di peringkat senior kebangsaan.

"Dia ada potensi besar. Kami masih berbincang untuk memanggil beberapa pemain baru dalam skuad kebangsaan. Kami perlukan sedikit masa lagi," kata jurulatih penjaga gol negara, Mohd Nasihin Nubli.

Saya rasa adalah baik untuk Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) beri peluang kepada Zaidi mengikuti kem latihan kebangsaan. Jika bagus boleh terpilih, jika gagal dia boleh teruskan hidup seperti biasa.

Tapi bagi saya, Zaidi Gua Musang ada aura tersendiri. Dia patut diberi peluang sama seperti penjaga gol baru sebelum ini. Siapa tahu, mungkin dia pengganti Kumar.

Advertisement

Must Watch Video