Unggul, memang unggul – Kejayaan Ivory Coast cetak nama selaku juara Piala Negara-Negara bikin fenomena buat seluruh warganegara Ivory Coast yang mendambakan kepulangan semula piala paling berprestij di serantau Afrika ini selepas kali terakhir dijulang mereka pada edisi 2015.

Ibarat pesta penuh warna – ribuan penyokong setia The Elephants berbusana warna kebangaan mereka – putih, hijau dan jingga dalam meraikan kejayaan skuad gemilang mereka cipta kejuaraan ketiga sejak sertai Piala AFCON pada 1965.

Skuad juara ini dibawa mengelilingi stadium menggunakan trak sambil dihiasi dengan jeritan penuh bangga ribuan penyokong yang hadir sebagai tanda hormat dan terima kasih di atas perjuangan pasukan yang mengharungi aksi Piala AFCON yang cukup mencabar!

Setiap individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan ini mendapat tepukan cukup gemuruh daripada hadirin yang hadir dengan penutup kepada majlis ini diserikan dengan keraian pemain yang pastinya berkobar-kobar dalam meneruskan misi nasional seterusnya – Kelayakan Piala Dunia pada jun nanti.

Lagô gnin mou djôro Ivory Coast!