13 minit yang cukup memukau -- itulah kesimpulan yang dapat dibuat usai persembahan berskala mega berjaya dipertontonkan kepada dunia oleh seorang individu bernama USHER ketika Super Bowl Half Time Show 2024 – agenda utama dalam kalendar kemuncak aksi final National Football League (NFL) .

Musisi tahun 90-an yang terkenal dengan alunan lagu hits seperti DJ Got Us Fallin’ in Love dan juga U Got it Bad ini masih berbisa biarpun usia sudah pun melewati 46 tahun. Kelincahan tarian dan tarikan vokal yang cukup memukau memberi petanda bahawa Usher masih miliki taring sehebat nama-nama artis Gen Z yang kian mendunia.

Diserikan dengan kemunculan Alicia Keys, Ludacris dan H.E.R, persembahan Super Bowl Half Time Show pada isnin waktu Malaysia ini layak dinobat selaku antara momen terbaik pernah dipersembahkan sejak mendiang Michael Jackson mula beri nafas baru kepada program tahunan NFL ini pada 1993.

Namun, adakah persembahan Usher dan rakan-rakan artis berstatus pemenang Anugerah Grammy ini layak dinobat selaku ‘The Best of All Time’????

Deretan persembahan berkelas 5 bintang berjaya menggegar dunia saban tahun dengan antaranya Aerosmith, NSync, The Rolling Stones, Lady Gaga, Beyonce Knowles, Bruno Mars dan Coldplay namun menurut rata-rata laporan media seluruh dunia, tahun 2020 merupakan antara Half Time Show paling gempak pernah diadakan!

Kenapa gempak? Dan gerangan siapakah yang menghiasi konsert Half Time pada tahun itu?

Semestinya gabungan duo latinas yang serba-serbi bikin dunia menjerit teruja! Siapa lagi kalau bukan Shakira dan Jennifer Lopez yang muncul duo amerika latin pertama yang menghiasi persembahan Half Time Show.

Masih segar dalam ingatan ketika Shakira membuka persembahan di Stadium Hard Rock dengan lagu Whenever, Whenever jutaan mata yang menonton secara langsung samada dari kaca televisyen mahupun di stadium terpana dengan liuk manja penyanyi kelahiran Colombia ini.

Menutup aksi solonya dengan lagu Hips Don’t Lie, adrenalin rancak penonton diteruskan dengan aksi akrobatik yang cukup mempersonakan dari Jennifer Lopez – yang berjaya menghidupkan semula kemanisan lagu-lagu hitsnya seperti Jenny from the Block, On the Floor dan Lets Get Loud!

Gegak gempita penuh suara bergema indah di sekitar bandaraya Florida menandakan majoriti yang mendengar ketika itu bersetuju bawaha impak persembahan dua penyanyi latin ini cukup memukau dan layak diiktiraf selaku antara persembahan paling gah dalam sejarah penganjuran Super Bowl Half Time Show.

Persembahan Jlo-Shakira ini layak disembah selaku antara persembahan PALING BERNYAWA sejak Half Time show mula diperkenalkan pada tahun 1967!

VIVA Latinas! Dan diharapkan pihak NFL akan terus kreatif dalam menyajikan persembahan Half Time yang miliki wibawa tahun demi tahun.

P/S: Tahun depan kita kembali dengan persembahan Women Empowerment (Mariah Carey, Celine Dion, Beyonce Knowles, Norah Jones, Adele in one stage – What a dream lah) heheheheh…