Penulis percaya ramai yang merindui jaguh badminton nombor 1 negara, Datuk Lee Chong Wei.
Bukan sahaja peminat, para media juga cukup berasa janggal apabila setiap kali ke sesi latihan di Bukit Kiara tanpa kelibat Chong Wei kerana dialah yang sering menjadi tumpuan di gelanggang untuk ditemubual.
Chong Wei masih lagi belum bersedia untuk bertemu media bagi memberi sebarang kenyataan berhubung penyakit kanser hidung yang dialaminya.
Sempena ulang tahun kelahirannya ke-36 tahun pada 21 Oktober ini, kami di Astro Arena sedang melakukan kempen solidariti buat Chong Wei demi memberikan sokongan dan semangat kepadanya dalam usaha melawan penyakit kanser ketika ini.
Setidak-tidaknya ini yang kami mampu lakukan bagi menghadirkan senyuman buat pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ini.
Hashtag #UntukSaya dipilih bagi kempen ini kerana ayat “Untuk saya” yang sering diutarakan Chong Wei dalam mana-mana temu bual yang dilakukan bersama media. Ia ibarat satu “tagline” buatnya ketika menjawab soalan para media.
Ini menandakan setiap bait kata yang dikeluarkan Chong Wei tetap melekat dalam fikiran kami sebagai pengamal media yang juga merupakan peminat nombor satu beliau.
Jadi, ayuh kita sama-sama ucapkan kata-kata semangat dan juga kongsikan pengalaman manis anda bersama Datuk Lee Chong Wei di laman sosial anda mahupun Astro Arena dengan hashtag #UntukSaya khas buat Datuk Lee Chong Wei sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia!