Kesetiaan penyerang berpengalaman Manchester United, Odion Ighalo, kini benar-benar teruji. Di saat beliau mempamerkan prestasi baik di atas padang sehingga United berhasrat mahu memiliki Ighalo secara pembelian terus, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu ditawarkan kontrak yang amat lumayan oleh Shanghai Shenhua dengan gaji RM2 juta seminggu.
Status pinjaman Ighalo akan berakhir 30 Mei ini, namun Ole Gunnar Solskjaer dilihat mahu mendapatkan Ighalo secara tetap selepas berpuas hati melihat bekas penyerang Watford itu yang bermain dengan amat baik. Ighalo meledakkan empat gol daripada tiga perlawanan, sesuatu yang tidak dijangkakan oleh ramai pihak. Populariti yang diraih Ighalo sewaktu bersama United cukup baik sehingga kelab dari China itu terpaksa menawarkan satu tawaran hebat yang akan memeningkan Ighalo.
Bukan lagi menjadi satu rahsia bahawa impian Ighalo adalah untuk menyarung jersi United dan membantu kelab itu meraih kejayaan, kelab yang diminatinya sejak kecil lagi. Namun andai tawaran Shanghai Shensua dijadikan perbandingan, ia adalah satu keputusan sukar untuk ditolak. Sama ada sabar mengejar impian atau harus memilih duit demi kelangsungan hidup? Satu dilema yang amat berat buat Ighalo.
Dalam pada itu, pihak pengurusan atasan United berbesar hati mahu memulangkan semula harga tiket yang telah dibayar peminat mereka untuk aksi di Old Trafford jika saingan Liga Perdana Inggeris terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak covid-19. Buat masa ini pihak pengurusan liga masih menggantung liga sehingga 30 April tetapi dijangka akan ada penambahan penangguhan andai krisis pandemik masih belum reda.
Jika terdapat situasi di mana United akan bermain tanpa penyokong untuk baki perlawanan liga, pihak pengurusan sudah bersedia dengan beberapa pilihan, antaranya memberikan rebat untuk harga tiket saingan musim hadapan atau memulangkan semula wang peminat berdasarkan baki perlawanan musim ini.
Pihak United juga amat bersetuju saingan liga dihentikan seketika (bukan tidak mahu Liverpool menjadi juara) kerana hal keselamatan dan kesihatan melebihi dari kepentingan sukan. United sendiri akan menjadi antara pasukan yang paling terkesan kerana kedudukan liga di tangga kelima tidak menjamin slot ke saingan Liga Juara Juara Eropah.