Skip to main content

Rencana

United dan Tragedi Oktober

shaw.jpg
Tewas 1-6 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford minggu lalu menguatkan lagi konspirasi teori bahawa Manchester United memang sering dilanda tragedi pada bulan Oktober.

Percaya atau tidak, pasukan Manchester United sebenarnya memang sering dihantui kekalahan besar pada bulan Oktober!

Newcastle United 5-0 Manchester United (Oktober 1996)

Pada 20 Oktober 1996, United yang berkunjung ke Stadium St James Park  diratah oleh The Magpies yang meledakkan gol menerusi Darren Peacock, David Ginola, Les Ferdinand, Alan Shearer dan Philip Albert.

Penjaga gol Newcastle United pada waktu itu, Pavel Srnicek berjaya memastikan gawang tuan rumah tidak dibolosi meskipun berdepan serangan dari trio Ole Gunnar Solskjaer-Eric Cantona-David Beckham.

Chelsea 5-0 Manchester United (Oktober 1999)

Disaat kejayaan menjulang treble pada tahun 1999, ada sedikit perkara yang mencalarkan perjalanan United apabila tumbang 5-0 kepada Chelsea di Stamford Bridge pada 3 Oktober 1999.

United yang bersandarkan kepada gandingan penyerang Dwight Yorke dan Andrew Cole, sambil dibantu Nicky Butt, David Beckham dan Paul Scholes gagal menghasilkan sebarang jaringan, sedangkan gawang United yang dikawal Massimo Taibi pula yang bolos hasil dua jaringan Gustavo Poyet, Chris Sutton, Jody Morris dan gol sendiri Henning Berg.

Manchester United 1-6 Manchester City (Oktober 2011)

Penulis masih mengingati perlawanan pada 23 Oktober 2011 dimana skuad bimbingan Sir Alex Ferguson tewas besar di Old Trafford. Manchester City di bawah bimbingan Roberto Mancini benar-benar mencalarkan ego United pada pertemuan setempat itu. Pada waktu itu, The CItizen yang baru sahaja bertukar pemilik sedang dalam proses transformasi dan tiada siapa yang menjangka mereka mampu menewaskan United dengan jaringan besar.

Mario Balotelli, Edin Dzeko dan Sergio Aguero pasti tidak akan melupakan perlawanan ini dalam sejarah hidup mereka apabila meledakkan jaringan membantu The Citizen menumbangkan salah satu pasukan terbaik dunia pada waktu itu.

Manchester United 1-6 Tottenham Hotspur ( Oktober 2020)

Terbaru, pada 4 Oktober 2020, United yang bermula langkah kanan mendahului 1-0 hasil jaringan Bruno Fernandes akhirnya terduduk apabila Spurs membalas dengan enam jaringan.

Individu paling terkesan sudah tentu David De Gea. Beliau merupakan satu-satunya pemain yang masih bersama United ketika mereka tewas 1-6 kepada The Citizen pada 2011, dan kini jumlah jaringan sama kembali berulang.

Dengan 22 percubaan berjaya dihasilkan Spurs, enam gol berjaya diraih, ianya secara tidak langsung menelanjangkan kualiti barisan pertahanan United biarpun mempunyai pemain pertahanan termahal di dunia ketika ini.

Advertisement

Must Watch Video